Sandakan: Tiga buah rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Batu 10, Kampung Nelayan, di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.20 pagi.
Katanya, seramai 15 pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran membabitkan tiga buah rumah jenis tidak kekal yang musnah sepenuhnya.
“Pemadaman menggunakan satu aliran, dua pancutan dari sumber air jentera dan api terkawal jam 8 pagi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
“Operasi tamat sepenuhnya pada 9.45 pagi,” katanya.
-Deasoka