SAR lelaki hilang dikhuatiri lemas ketika menjala ikan diteruskan

SAR lelaki hilang dikhuatiri lemas ketika menjala ikan diteruskan

Tenom: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas hilang ketika menjala ikan di Sungai Padas, Panawan Kuala Tomani, di sini, sejak Sabtu lalu, diteruskan pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa Alphonius @Ebon Ambabai, 25, masih belum ditemui.

Pasukan mencari meneruskan operasi SAR di kawasan tebing sungai.

Katanya, operasi SAR hari Ke-5 dijalankan jam 7.35 pagi tadi membabitkan seramai 60 orang terdiri daripada anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Momaitom dan orang awam.

“Kumpulan pencarian dibahagikan kepada empat kumpulan dan operasi SAR dijalankan dengan kaedah surface rescue di tebing sungai menggunakan bot penyelamat.

“Operasi SAR membabitkan keluasan radius pencarian mencecah dua kilometer di kawasan seberang sungai dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, setakat ini mangsa belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Terdahulu, mangsa Alphonius @Ebon Ambabai, 25, dilaporkan hilang ketika menjala ikan di Sungai Padas, Panawan Kuala Tomani, Sabtu lalu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|