Usaha pencarian Jude Angel Jeremy masuk hari kelima

Usaha pencarian Jude Angel Jeremy masuk hari kelima

Beaufort: Operasi pencarian, Jude Angel Jeremy, 18 bulan, yang hilang di Kampung Saliwangan Baru, di sini, sejak Sabtu lalu, masuk hari kelima, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi bermula jam 9.21 pagi itu akan dijalankan di sepanjang sungai menggunakan bot.

Pasukan bomba meneruskan operasi pencarian di sepanjang sungai menggunakan bot.

Katanya, pencarian di kawasan belukar serta ladang kelapa sawit sekitar juga masih diteruskan.

“Operasi hari kelima hari ini, membabitkan kekuatan 17 anggota dan pegawai JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk dua anjing pengesan K9 serta pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Operasi turut dibantu seramai 70 penduduk kampung berhampiran dan setakat ini, mangsa masih gagal ditemui,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Adik Jude Angel yang dijaga neneknya dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah keluarga berkenaan.

Mangsa dipercayai sesat di hutan ataupun terjatuh ke sungai berhampiran.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|