Kinabatangan: Operasi hari kedua pencarian kanak-kanak lelaki yang dipercayai lemas selepas hilang di Sungai Kinabatangan di Kampung Batu Putih, di sini, semalam, disambung semula, pagi tadi.
Operasi bermula jam 6.30 pagi itu membabitkan dua kumpulan pencarian secara Surface Rescue menggunakan bot di sepanjang sungai dengan radius dua kilometer.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi hari ini membabitkan seramai 10 anggota dan pegawai.
Katanya, ia termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian bagi mencari mangsa.
“Setakat ini, maklumat sebenar mangsa masih belum dapat diperolehi dan usaha pencarian sedang giat dijalankan.
“Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
-Deasoka