SAR kanak-kanak dibaham buaya disambung esok

SAR kanak-kanak dibaham buaya disambung esok

Lahad Datu: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak dipercayai dibaham buaya berhampiran Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM), di sini, disambung esok.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi SAR dijalankan oleh sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu sebaik menerima panggilan kecemasan jam 10.25 pagi.

“Operasi SAR pada hari ini dijalankan menggunakan kaedah ‘surface rescue’ sepanjang dua kilometer dari Pangkalan Marin sehingga ke POIC dengan lima kali ulang alik.

“Namun setakat ini mangsa yang dipercayai dibaham buaya masih belum ditemui,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, operasi SAR ditangguh pada jam 5 petang tadi dan akan disambung pada pagi esok.

Operasi SAR turut dibantu Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu.

Terdahulu, seorang lelaki parah ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya berusia setahun yang disambar buaya, namun kanak-kanak berkenaan hilang dilarikan reptilia terbabit.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi berhampiran Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM), di sini dengan lelaki berusia lingkungan 40-an itu kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|