Semporna: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa hilang selepas dipercayai terkena letupan bot pam di antara perairan Pulau Selaman dan Pulau Tatagan, memasuki hari kedua hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah brrkata, operasi dimulakan pada jam 08.15 pagi oleh pasukan Bomba bersama agensi penyelamat lain di lokasi kejadian.
“SAR mencari dua mangsa terbabit dilakukan dengan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air.
“Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa berhubung operasi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian letupan bot pam di perairan berkenaan kelmarin dan dipercayai ada mangsa yang terbabit.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa orang mangsa terlibat dan hasil perbincangan bersama agensi penyelamat lain opersai SAR dijalankan di sekitar lokasi.
-Deasoka