SAR dua mangsa lemas diteruskan pagi tadi

SAR dua mangsa lemas diteruskan pagi tadi

Kudat: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lelaki dipercayai lemas di perairan Perapat Tugu Mamal, semalam, disambung semula jam 6 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Macklin, 28, bersama sepupunya, Aewaeinder, 20, dilaporkan hilang kira-kira jam 6 petang semalam selepas mereka dibawa arus deras ketika memukat ikan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan bahawa dua lelaki dimaklumkan lemas ketika memukat ikan di perairan terbabit.

“Menurut maklumat, kedua-dua mangsa keluar memukat bersama dua lagi yang lain kira-kira jam 2 petang semalam.

“Ketika kejadian, kedua-dua mangsa turun dari bot untuk memasang pukat namun dihanyutkan arus deras,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ishak berkata lagi, SAR segera dilakukan dan seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 50 kilometer dari balai bomba.

“SAR ditangguhkan pada jam 11 malam tadi selepas kedua-dua mangsa tidak ditemui.

“Operasi kemudian disambung semula pada jam 6 pagi tadi, ” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|