Polis gempur sarang dadah di Tawau

Polis gempur sarang dadah di Tawau

Tawau: Polis Tawau menggempur beberapa lokask di daerah ini yang dikenal pasti menjadi sarang penagihan dadah, hari ini.

Operasi yang dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menahan lima lelaki dan seorang wanita serta merampas 30.58 gram dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, semua suspek dan rampasan dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

“Kita tidak hanya tertumpu di kawasan bandar malah kawasan kampung juga akan dilakukan serbuan jika ada maklumat yang diterima.

“Operasi secara berperingkat dan kerap akan terus dilaksanakan bagi memastikan Tawau bersih dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|