PGA tahan dua lelaki bersama 3.7 gram syabu

PGA tahan dua lelaki bersama 3.7 gram syabu

Lahad Datu: Dua warga asing ditahan bersama 3.7 gram dadah jenis syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Tanjung Labian, di sini, hari ini.

Dalam operasi jam 1.20 pagi itu, kedua-dua lelaki berusia 26 dan 44 tahun didapati memiliki syabu seberat 3.7 gram oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menjalankan serbuan berdasarkan maklumat.

Dadah syabu yang dirampas.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, hasil pemeriksaan awal, pasukan operasi tidak menemui barang salah pada badan dan rumah suspek.

Katanya, suspek pertama berusia 44 tahun didapati memiliki sijil lahir manakala suspek kedua pula tidak sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bagaimanapun, sebaik pemeriksaan dijalankan terhadap motosikal milik suspek, pasukan operasi menemui satu beg kecil berisi ketulan hablur dipercayai dadah jenis syabu.

“Kedua-dua suspek terus ditahan dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Rani berkata, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, semua dadah dan motosikal yang dirampas juga dianggarkan bernilai RM3,370 berdasarkan harga pasaran semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|