Pengedar ditahan sembunyi syabu dalam kotak rokok

Pengedar ditahan sembunyi syabu dalam kotak rokok

Sipitang: Taktik seorang pengedar dadah menyembunyikan syabu di dalam kotak rokok bagi mengaburi mata pihak berkuasa, tidak menjadi apabila dia ditahan polis, 12 Januari lalu.

Serbuan jam 5 petang di rumah kongsi tapak pembinaan di pekan daerah berkenaan dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, dalam serbuan itu menahan seorang lelaki bukan warga tempatan berusia 50-an.

Katanya, pemeriksaan di dalam bilik rumah menemui satu kotak rokok jenama Era yang berisi satu paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu.

“Anggaran berat kasar dadah syabu 5.37 gram dianggarkan bernilai RM537 dan ujian air kencing suspek positif dadah.

“Suspek dan rampasan dibawa balik ke IPD Sipitang untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sehubungan itu, beliau mohon kerjasama daripada masyarakat daerah ini untuk terus menyalurkan maklumat aktiviti pengedaran dan penagihan dadah kerana ia akan membantu mengurangkan indeks jenayah di daerah ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|