Peluang temui mangsa selamat tipis

Peluang temui mangsa selamat tipis

Kudat: Peratusan mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang di perairan Kampung Limbuak Laut dam Pulau Balambangan, di sini, dalam keadaan selamat amat tipis.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berkata, peluang berkenaan amat tipis memandangkan sektor pencarian menjadi terlalu besar.

Selain itu katanya, operasi CARILAMAT juga berdepan kesukaran untuk dikoordinasikan dengan menggunakan jumlah aset yang terhad.

“Operasi CARILAMAT ditamatkan pada jam 6.30 petang semalam selepas gagal menemui mangsa atau sebarang petunjuk yang boleh membawa kepada penemuannya.

“Bagaimanapun, aset Maritim Malaysia akan terus dikerah membuat pemantauan di lokasi kejadian ketika beroperasi dalam tugasan harian,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Sehubungan itu, Maritim Malaysia merakamkan ribuan terima kasih kepada jabatan dan agensi sahabat yang terlibat sepanjang operasi CARILAMAT ini dilaksanakan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, kedua-dua mangsa dilaporkan memancing di sekitar kawasan perairan antara Kampung Limbuak Laut dan Pulau Balambangan.

Bagaimanapun, salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Laurin Maujun, 53, ditemui penduduk kampung di kawasan perairan Kampung Selamat, Pulau Balambangan, di sini, kira-kira jam 3 petang, Isnin lalu.

Manakala, seorang lagi mangsa, Kamri Kail, 51, masih belum ditemui dan usaha pencarian masih diteruskan sehingga semalam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|