Covid-19 Sabah: Kes di Sabah turun 35 kes hari ini

Covid-19 Sabah: Kes di Sabah turun 35 kes hari ini

Kota Kinabalu: Kes baharu Covid-19 di Sabah turun sedikit kepada 245 kes hari ini berbanding 280 kes yang dilaporkan semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata daerah Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi dengan 43 kes diikuti oleh Tuaran dengan 33 kes.

Katanya, sebanyak tujuh daerah lagi turut merekodkan kes dua angka, manakala 16 daerah mencatat kes satu angka dan hanya dua daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.

“Sejumlah 13 daerah mencatat penambahan kes namun tiada daerah yang menunjukkan peningkatan ketara.

“Dalam kalangan 12 daerah yang mencatat penurunan, terdapat tiga daerah yang menunjukkan penurunan agak besar iaitu Kota Belud (-24 kes), Keningau (-12 kes) dan Putatan (-10 kes).

“Hanya dua daerah kekal sebagaimana catatan semalam,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Masidi berkata, sejumlah 242 daripada 245 kes pada hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala tiga kes dalam Kategori 3 dan tiada kes direkodkan dalam Kategori 4 dan 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 6 Januari 2022
Sabah 245 (280)

Kota Kinabalu 43 (41)
Tuaran 33 (40)
Beaufort 18 (9)
Kota Belud 17 (41)
Penampang 16 (13)
Papar 15 (9)
Tambunan 10 (10)
Ranau 10 (11)
Tawau 10 (4)
Nabawan 8 (0)
Putatan 8 (18)
Sipitang 7 (6)
Sandakan 6 (11)
Kota Marudu 6 (11)
Keningau 6 (18)
Pitas 5 (2)
Semporna 4 (0)
Kuala Penyu 4 (13)
Beluran 4 (3)
Tenom 4 (7)
Tongod 3 (1)
Kalabakan 3 (0)
Telupid 2 (4)
Kudat 2 (1)
Kunak 1 (1)
Lahad Datu 0 (4)
Kinabatangan 0 (2)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 5 Januari 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|