Operasi SAR warga emas hilang diteruskan

Operasi SAR warga emas hilang diteruskan

Tawau: Operasi mencari dan menyelamat lelaki warga emas yang hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Bukit Kukusan, di sini, semalam, diteruskan hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi hari kedua itu dimulakan pada jam 6 pagi tadi.

Operasi SAR warga emas yang dikhuatiri hilang di Bukit Kukusan, Tawau.

Katanya, operasi turut dibantu pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pasukan SAR turut dibantu penduduk kampung yang menjalankan operasi dengan radius pencarian satu kilometer dari rumah mangsa.

“Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam kejadian semalam, mangsa, Masjid Bachi, 60, dilaporkan kali terakhir dilihat ketika keluar di kawasan luar rumah kira-kira jam 10 pagi.

Sebaik disedari hilang, keluarga mangsa terus menghubungi Balai Polis Tawau untuk mendapatkan bantuan sebelum pasukan bomba dimaklumkan untuk gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|