Operasi SAR masuk hari ketiga

Operasi SAR masuk hari ketiga

Penampang: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi remaja yang masih hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, di sini, yang memasuki hari ketiga, diteruskan pagi tadi.

Operasi dijalankan bermula jam 6.50 pagi membabitkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Kota Kinabalu dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim memberi taklimat kepada semua anggota yang terlibat sebelum memulakan operasi (SAR) hari ketiga.

Operasi turut disertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta dibantu penduduk kampung.

Sebelum operasi dimulakan, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim yang turut hadir di lokasi memberikan penerangan kepada semua anggota dan pegawai terlibat.

Dalam tragedi kira-kira jam 3 petang Sabtu lalu, dua mangsa dilaporkan hilang selepas cuba menyeberangi sungai bersama empat lagi rakan lain.

Bagaimanapun, kepala air dilaporkan tiba-tiba meluncur deras sehingga mengakibatkan paras air naik mendadak dan menghanyutkan kedua-dua mangsa.

Seorang mangsa sudah ditemui pada jam 2.40 petang, semalam, oleh seorang penduduk kampung kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|