Suami isteri melecur ketika selamatkan diri dari kebakaran

Suami isteri melecur ketika selamatkan diri dari kebakaran

Kota Marudu: Sepasang suami isteri nekad meredah api demi menyelamatkan diri selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Bombong 1, Jalan Semperita di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, Jaison Masiwol, 49 dan isterinya Julimah Sabia, 45, dilaporkan melecur di bahagian badan akibat terkena api.

Kebakaran memusnahkan sebuah rumah dalam kejadian di Kampung Bombong 1, Jalan Semperita, Kota Marudu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Rony Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.52 malam dan seramai enam anggota dikejar ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang terbakar 100 peratus namun telah dipadamkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba dilokasi.

“Terdapat dua mangsa iaitu pasangan suami isteri cedera melecur di bahagian badan dilaporkan dan dihantar ke Hospital Kota Marudu oleh pasukan bomba untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya lagi, hasil daripada maklumat awal, kebakaran dipercayai bermula dari dapur dan ketika kejadian dan bilik pasangan suami isteri itu berada di bahagian dapur.

“Kedua-dua mangsa hanya menyedari kebakaran berlaku selepas dikejutkan anak mereka yang turut berada di dalam rumah berkenaan.

“Kedua-dua mangsa kemudian bertindak meredah keluar dari rumah yang sudah terbakar untuk menyelamatkan diri sehingga menyebabkan mereka turut terkena api,” katanya.

Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa melecur di bahagian badan dan dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut.

“Operasi kemudian ditamatkan pada jam 1 pagi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|