Operasi SAR masih gagal temui dua mangsa hilang

Operasi SAR masih gagal temui dua mangsa hilang

Semporna: Dua mangsa yang hilang ketika memukat di perairan Laut Bohey Dulang, di sini, kelmarin, masih gagal ditemui setakat jam 5 petang, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi pencarian yang dijalankan hari ini, meliputi kawasan seluas 86 batu nautika persegi bersama agensi penyelamat lain.

Bagaimanapun katanya, operasi SAR terpaksa ditangguhkan pada jam 5.10 petang berikutan keadaan cuaca hujan dan laut bergelora.

“Operasi akan disambung semula esok pagi dan sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam laporan sebelum ini, kedua-dua mangsa warga asing terbabit yang dikenali sebagai Wleson@Jukno, 30, dan Osman Palik, 28 tahun hilang selepas keluar memukat ikan di perairan berkenaan.

Kehilangan kedua-dua mangsa disedari rakan mereka selepas gagal menghubungi telefon bimbit salah seorang mangsa sekitar jam 12.40 tengah hari, Ahad lalu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|