Pitas: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup manakala seramai 583 mangsa masih ditempatkan di dua PPS di daerah, hari ini.
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, dua PPS yang ditutup adalah Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II dan PPS Dewan SK Rukom.

Semua mangsa dari dua PPS berkenaan sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Setakat jam 6 petang ini, hanya dua PPS masih dibuka iaitu PPS Dewan Kampung Kusilad yang menempatkan seramai 73 mangsa dari kampung berkenaan.
Bagi Dewan Kampung Sinukab pula terdapat seramai 510 mangsa dari Kampung Desa Seberang, Kampung Kanibungan, Kampung Boribi, Kampung Untang-Untang dan Kampung Mulung ditempatkan di PPS berkenaan.
-Deasoka