Operasi SAR lelaki hilang ketika menangkap ikan ditangguh

Operasi SAR lelaki hilang ketika menangkap ikan ditangguh

Beaufort: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lelaki yang dikhuatiri hilang ketika menangkap ikan di kawasan muara sungai di Tanjung Batu-Batu Kampung Lubok Laut, di sini, pagi tadi ditangguh, jam 6.25 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi SAR dijalankan meliputi kawasan dua kilometer radius dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Pasukan penyelamat yang melakukan operasi SAR mangsa dikhuatiri hilang di muara sungai, Tanjung Batu-Batu Kampung Lubok Laut, Beaufort. Pix Ihsan Bomba

“Mangsa bagaimanapun gagal ditemui dan operasi SAR ditangguh jam 6.25 petang tadi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi akan disambung pagi esok dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Operasi SAR disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung.

Terdahulu, kehilangan mangsa disedari penduduk selepas menemui bot tanpa pengemudi dalam keadaan enjin masih hidup pada 7.30 pagi.

Sebaik bot dipercayai dinaiki mangsa Zulkifli Jambul, 43, ditemui, penduduk kampung menghubungi pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|