Operasi hari kedua disambung, hari ini

Operasi hari kedua disambung, hari ini

Penampang: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi remaja yang masih hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, di sini, semalam, diteruskan pagi tadi.

Operasi dijalankan bermula jam 6.25 pagi itu membabitkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dan dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Pasukan operasi menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa yang dilaporkan masih hilang di Sungai Kampung Pogunon, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi turut disertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahann Awam Malaysia (JPAM).

Katanya, ia juga dijalankan dengan kerjasama penduduk kampung yang tinggal di sekitar lokasi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu penduduk kampung sekitar lokasi kejadian.

“Dua mangsa yang masih belum hilang dikenali sebagai Harold Walter dan Tomansi Olaf yang masing-masing berusia 17 tahun,”katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam tragedi kira-kira jam 3 petang semalam, kedua-dua mangsa dikatakan bersama empat lagi rakan terselamat cuba menyeberangi sungai berkenaan.

Bagaimanapun, ketika empat remaja terselamat sudah menyeberangi sungai berkenaan, kepala air tiba-tiba meluncur deras sehingga mengakibatkan paras air naik mendadak.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|