Op Selamat: Lelaki ditahan miliki syabu

Op Selamat: Lelaki ditahan miliki syabu

Beaufort: Walaupun pernah ditahan polis kerana kesalahan dadah, seorang lelaki sekali lagi ditahan bersama dadah jenis syabu, pagi tadi.

Suspek berusia 43 tahun ditahan ketika melalui sekatan jalan Op Selamat 17 Tahun Baru Cina di Kilometer 7, Jalan Beaufort – Papar, jam 10.15 pagi.

Lelaki ditahan kerana miliki dadah jenis syabu dalam Op Selamat 17 Tahun Baru Cina di Kilometer 7, Jalan Beaufort – Papar.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, suspek yang memandu kereta jenis Proton Saga ditahan sepasukan polis yang sedang melaksanakan sekatan jalan sempena Op Selamat 17 Tahun Baru Cina.

Katanya, pemeriksaan fizikal ke atas pemandu terbabit menemui satu paket plastik lutsinar kecil berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

Polis menemui dadah jenis syabu yang disembunyikan di poket depan seluar jeans yang dipakai suspek.

“Dadah syabu seberat 0.20 gram ditemui dalam poket depan sebelah kanan seluar jeans pendek yang dipakainya.

“Polis kemudian menahan suspek dan merampas barang kes seterusnya dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek sebelum ini pernah ditahan polis atas kesalahan berkaitan dadah

“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|