Covid-19 Sabah: Kes di Sabah kekal tinggi

Covid-19 Sabah: Kes di Sabah kekal tinggi

Kota Kinabalu: Jumlah kes harian Covid-19 di Sabah kekal tinggi dengan 446 kes baharu hari ini, hanya turun 44 kes berbanding 490 kes yang dilaporkan semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata tiada kluster baharu dilaporkan hari ini, namun 23 kes baharu hari ini datang daripada tujuh kluster aktif sedia ada.

“Jumlah daerah yang mencatat kes baharu dua angka kekal 11 dengan beberapa daerah merekodkan angka yang tinggi.

“Kota Kinabalu kembali menjadi penyumbang utama kes baharu di Sabah dengan 87 kes, bertambah 26 kes berbanding jumlah semalam.

“Antara daerah lain yang mencatat kes baharu yang tinggi ialah Sandakan (67 kes), Tuaran (49 kes), Penampang (45 kes), Tawau (42 kes), Papar (29 kes) dan Ranau (23 kes),” katanya dalam kenyataan petang ini.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata kewujudan virus Covid-19 di tengah-tengah masyarakat memudahkan jangkitan kepada lebih ramai orang secara sporadik.

Katanya, kebanyakan yang dijangkiti hanya menyedari dijangkiti virus Covid-19 apabila mengalami simptom atau gejala jangkitan.

“Hari ini seramai 217 orang atau hampir 49 peratus kes positif datang daripada mereka yang menjalani ujian saringan bergejala.

“Ini adalah satu jumlah yang tinggi dan membimbangkan kerana lebih sukar mengekang perebakan dan penularan Covid-19 apabila virus itu berada secara meluas dalam komuniti.

“Kita tidak mengenali kes indeks bagi memudahkan ‘contact tracing’ dan mengenal pasti mereka yang berkemungkinan telah menjadi pembawa virus,” katanya.

Katanya, sebanyak 440 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, empat kes dalam Kategori 3 dan dua kes dalam Kategori 4, manakala tiada pesakit dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 2 Februari 2022
Sabah 446 (490)

Kota Kinabalu 87 (61)
Sandakan 67 (141)
Tuaran 49 (50)
Penampang 45 (54)
Tawau 42 (26)
Papar 29 (14)
Ranau 23 (18)
Lahad Datu 18 (19)
Beaufort 17 (18)
Putatan 15 (18)
Kota Belud 11 (17)
Kinabatangan 7 (5)
Kota Marudu 7 (12)
Kudat 6 (6)
Semporna 5(4)
Keningau 5 (4)
Tambunan 4 (1)
Telupid 3 (6)
Kunak 3 (3)
Kuala Penyu 1 (5)
Beluran 1 (0)
Tenom 1 (3)
Nabawan 0 (1)
Sipitang 0 (0)
Pitas 0 (4)
Tongod 0 (0)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 1 Februari 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|