Mayat Rikson Josh dijumpai 26 kilometer

Mayat Rikson Josh dijumpai 26 kilometer

Pitas: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Bengkoka, Kampung Mangkabusu, di sini, akhirnya ditamatkan apabila mangsa ditemui lemas, hari ini.

Mayat Rikson Josh, 12, yang hilang sejak 16 Januari lalu ditemui di Kampung Pondoi, kira-kira 26 kilometer daripada lokasi asal kanak-kanak itu dilaporkan lemas.

Mayat Rikson dibawa ke Hospital Pitas selepas ditemui di Kampung Pondoi, di sini, hari ini. Pix Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, Rikson ditemui kira-kira jam 12 tengah hari oleh penduduk kampung.

Katanya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum terus dibawa ke Hospital Pitas untuk pengesahan.

Operasi mencari mangsa dijalankan selama empat hari sebelum berjaya ditemui penduduk kampung. Pix Ihsan Bomba

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital dan operasi ditamatkan pada jam 4 petang, tadi,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam kejadian 16 Januari lalu, mangsa dipercayai lemas selepas hilang ketika berkelah di tepi Sungai Bengkoka, di sini, bersama ahli keluarganya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|