Mayat ditemui lemas selepas hilang lima hari

Mayat ditemui lemas selepas hilang lima hari

Tenom: Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas selepas hilang ketika menjala ikan di Sungai Padas, Panawan Kuala Tomani, di sini, berjaya ditemui, hari ini.

Mangsa Alphonius @Ebon Ambabai, 25, yang hilang sejak Sabtu lalu dilaporkan ditemui pada jam 1.30 petang tadi.

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui di kawasan sungai kira-kira enam kilometer dari mangsa dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat mangsa berjaya ditemui orang kampung bersama pasukan bomba dan agensi yang terbabit dalam operasi mencari.

Katanya, mayat mangsa ditemui di kawasan sungai kira-kira 6 kilometer dari mangsa dilaporkan hilang.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung dan dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada polis.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk siasatan selanjutnya.

“Operasi kemudiannya ditamatkan sejurus selepas itu,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|