Mangsa fenomena air pasang, banjir cecah 236 orang

Mangsa fenomena air pasang, banjir cecah 236 orang

Kota Kinabalu: Angka mangsa yang terjejas akibat fenomena air pasang besar dan banjir di negeri ini mencecah seramai 236 orang daripada 57 keluarga, setakat jam 4 petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menerusi satu kenyataan memaklumkan, Kota Belud menjadi daerah terbaru dilaporkan terjejas banjir selain Pitas.

Situasi sekitar usaha pemindahan mangsa-mangsa yang terjejas banjir ke PPS Dewan SJK (C) Chung Hwa, di Kota Belud.

“Daerah Pitas masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 223 mangsa daripada 52 Ketua Isi Rumah (KIR). Manakala, Kota Belud mencatatkan seramai 13 mangsa daripada 5 KIR.

“Sementara itu, trend semasa situasi banjir di negeri ini masih menunjukkan peningkatan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, terdapat dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Pitas bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terjejas akibat fenomena air pasang besar yang berlaku baru-baru ini.

“Antaranya ialah Dewan Kg. Mempakad (168 mangsa) dan Balai Raya Agropolitan Kg. Pinggan-Pinggan (55 mangsa).

“Manakala, satu PPS telah di aktifkan di Kota Belud bertempat di Dewan SJK (C) Chung Hwa bagi menempatkan mangsa yang terjejas banjir di Kg. Song-Song, Kg. Donggoi dan Kg. Marajah.

“Proses pendaftaran mangsa-mangsa masih dijalankan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA),” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|