Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Bahagian Sandakan dan Kudat hingga esok

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Bahagian Sandakan dan Kudat hingga esok

Kota Kinabalu: Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) petang ini, mengeluarkan amaran tahap bahaya berikutan ramalan hujan berterusan di Bahagian Sandakan dan Kudat.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada jam 4.35 petang tadi, Met Malaysia mengeluarkan amaran di beberapa daerah dalam bahagian terbabit termasuk Telupid, Beluran, Kinabatangan dan Sandakan.

Amaran hujan berterusan tahap bahaya yang berkuatkuasa serta merta sehingga esok itu turut membabitkan beberapa kawasan di Sarawak.

Sementara itu, Met Malaysia turut mengekalkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan sebelum ini bagi kawasan Pedalaman Sabah yang merangkumi daerah Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort; Pantai Barat Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Amaran itu berkuatkuasa sehingga 26 Disember ini.

MET Malaysia berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi nabatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|