Mangsa dikhuatiri hilang di laut Limau-Limauan ditemui selamat

Mangsa dikhuatiri hilang di laut Limau-Limauan ditemui selamat

Kudat: Operasi pencarian selama empat hari selepas dilaporkan hilang hampir dua minggu berakhir, hari ini, apabila mangsa yang dikhuatiri hilang di Laut Limau-Limauan ditemui selamat.

Mangsa berusia 54 tahun terbabit didapati selamat dan sepanjang pencarian dijalankan mangsa dikatakan berada di rumah keluarganya di Kampung Rosob, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima makluman penemuan mangsa daripada isteri lelaki terbabit.

Katanya, operasi pencarian kemudiannya terus ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.34 pagi tadi selepas mangsa disahkan selamat.

Sementara itu, operasi mencari dimulakan sejak 27 Januari lalu selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas kira-kira 10 hari turun ke laut.

Berdasarkan maklumat isteri mangsa, operasi SAR di laut terus dijalankan hasil kerjasama JBPM bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin (PPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|