Mudzrimar disahkan masih hidup

Mudzrimar disahkan masih hidup

Kota Kinabalu: Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan disahkan masih hidup dan tersenarai sebagai individu dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, status suspek Mudzrimar disahkan hasil perkongsian maklumat perisikan antara ESSCOM dengan Joint Task Force Sulu (JTFS) dan Western Mindanao Command (J2 WESTMINCOM).

Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan disahkan masih hidup dan tersenarai sebagai individu dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Katanya, ia susulan beberapa siri pertempuran dan pertembungan pihak pasukan keselamatan Filipina dengan suspek sejak Julai 2021.

“ESSCOM ingin memberi penjelasan lanjut berhubung status Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan yang dilaporkan mati dalam satu insiden pada bulan Mei tahun lalu.

“Melalui perkongsian maklumat perisikan antara ESSCOM dengan Joint Task Force Sulu (JTFS) dan Western Mindanao Command (J2 WESTMINCOM), Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan disahkan masih hidup,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Sehubungan itu, Hamzah berkata, suspek kini kekal berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa.

Katanya, ia bagi membantu siasatan dalam kes-kes jenayah rentas sempadan dan Kidnap For Ransom (KFR) di ESSZone.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|