Mangsa banjir meningkat kepada 923 orang setakat jam 12 tengah malam tadi

Kota Kinabalu: Jumlah mangsa meningkat kepada 923 orang di lima daerah yang terjejas akibat banjir setakat jam 12 tengah malam tadi.

Mengikut laporan kemas kini yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, angka itu meningkat seramai 199 mangsa berbanding laporan terakhir yang dikeluarkan jam 4 petang semalam.

Manakala bagi pusat pemindahan sementara (PPS) pula, jumlah keseluruhan yang aktif turut meningkat kepada 11 PPS dengan penambahan PPS Rumah Kebudayaan Pagukon dan PPS Kompleks Sukan Tenom, malam tadi.

Laporan yang dikeluarkan juga menunjukkan, semua mangsa terdiri daripada 301 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir.

Tenom masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 396 mangsa membabitkan daripada 125 KIR yang ditempatkan di lima PPS yang dibuka.

Manakala bagi daerah Keningau pula, merekodkan seramai 327 mangsa membabitkan 120 KIR yang ditempatkan di empat PPS.

Selain itu, seramai 129 mangsa daripada 43 KIR direkodkan di dua PPS Sipitang dan 62 lagi mangsa membabitkan 12 KIR masih berada di satu PPS di Kunak.

Manakala satu lagi PPS di Penampang masih dibuka untuk menempatkan sembilan mangsa membabitkan satu KIR.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|