Enam perkhidmatan kereta api tergendala

Kota Kinabalu: Enam perjalanan Perkhidmatan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), hari ini, dibatalkan selepas berlaku runtuhan tanah selain banjir di dua lokasi berasingan.

Antara yang dibatalkan adalah membabitkan empat perjalanan Beaufort-Halogilat dan dua perjalanan yang menghubungkan Tenom-Halogilat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKNS berkata, pembatalan perkhidmatan keretapi Beaufort-Halogilat adalah disebabkan oleh banjir di Kilometer (KM) 98.6.

Katanya, dua lagi perjalanan yang menghubungkan Tenom-Halogilat turut dibatalkan disebabkan kejadian tanah runtuh di KM137/7.

“Semua perkhidmatan akan beroperasi semula sekiranya kawasan tanah runtuh dibersihkan selain keadaan air banjir mulai surut.

“Sebarang maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|