PRU15: MASwings tawar tambang promosi ‘Jom Balik Undi’

Kota Kinabalu: MASwings menawarkan promosi ‘Jom Balik Undi’ dengan kadar tambang penerbangan lebih rendah untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pegawai Operasi MASwings, Kapten Nasaruddin A Bakar berkata, promosi itu menawarkan tambang serendah RM135 sehala.

Menurutnya, tempahan dibuka bermula hari ini sehingga 30 November ini dengan tarikh penerbangan sehingga 31 Disember tahun ini.

“MASwings juga akan melancarkan penerbangan tambahan untuk menampung lonjakan permintaan yang dijangka di beberapa laluan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Akan ada peningkatan dari 21 kali mingguan ke 28 kali penerbangan mingguan untuk Miri – Labuan, Miri – Sibu, Kota Kinabalu – Lahad Datu dan Kota Kinabalu – Labuan dari 18 hingga 21 November ini.

“Bagi Kuching – Limbang, operasi semasa MASwings pada Isnin, Khamis dan Sabtu akan ditingkatkan ke dua kali penerbangan harian pada 18 dan 20 November,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sebagai nadi Borneo, pihaknya komited untuk menyediakan pengangkutan udara yang selamat dan boleh dipercayai untuk menyokong dan menampung pergerakan GE15 yang akan datang.

“Ia sekali gus diharap dapat mengalakkan lengundi tempatan untuk pulang ke kampung halaman mereka yang membolehkan mereka memenuhi hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

“Kami menggalakkan semua pengundi dan pelanggan untuk membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan dan terlepas tawaran dari MASwings,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi di www.maswings.com.my / www.malaysiaairlines.com.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|