Mangsa banjir kekal 504 orang di dua PPS

Mangsa banjir kekal 504 orang di dua PPS

Kota Marudu: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah ini setakat petang ini kekal seramai 504 orang membabitkan 167 keluarga.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, setakat jam 5 petang tadi, semua penduduk terjejas banjir berkenaan masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Pihak APM akan terus menjalankan pemantauan banjir walaupun keadaan air semakin surut dan berada pada paras terkawal. Pix Ihsan APM

Katanya, kedua-dua pusat pemindahan berkenaan adalah Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek.

“Mengikut rekod, setakat ini 253 penduduk membabitkan 97 keluarga yang terjejas akibat masih ditempatkan di PPS SMK Tandek.

Setakat ini, dua PPS yang dibuka masih menempatkan seramai 504 mangsa membabitkan 167 keluarga yang terjejas akibat banjir. Pix Ihsan APM

“Manakala 251 lagi mangsa dari 70 keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pemantauan banjir pula setakat ini menunjukkan keadaan air semakin surut dan masih berada pada paras terkawal.

Katanya, pihak APM akan terus melakukan pemantauan berterusan dari semasa ke semasa berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Semalam, Pegawai Daerah Kota Marudu, Alexander Yong mengumumkan pengisytiharan banjir gelombang kedua dan pembukaan dua PPS di daerah ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|