Tiga PPS dibuka di Beluran

Tiga PPS dibuka di Beluran

Beluran: Sebanyak tiga pusat penempatan sementara (PPS) dibuka di daerah ini bagi menempatkan mangsa banjir susulan banjir dan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Beluran, Nordin Daling berkata, semua PPS berkenaan baru dibuka pada hari ini.

Keadaan banjir di sekitar Beluran.

Katanya, PPS terbabit ialah di Dewan Kampung Binsulung, Paitan; Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol dan PPS Dewan Kampung Balaban.

“Setakat ini seramai 23 mangsa sudah ditempatkan di PPS Dewan Kampung Binsulung dan tujuh orang lagi di PPS Dewan SMK Pamol.

Tiga PPS sudah dibuka di Beluran bagi menempatkan mangsa banjir.

“PPS Dewan Kampung Balaban pula menempatkan seramai lapan orang mangsa” katanya, di sini, hari ini.

Nordin berkata, ketika ini usaha menyelamat dan memindahkan penduduk sedang giat dijalankan, manakala keadaan hujan lebat dilaporkan masih berterusan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|