Mangsa banjir di 4 PPS meningkat 142 orang

Mangsa banjir di 4 PPS meningkat 142 orang

Kota Kinabalu: Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 142 orang di empat daerah yang terjejas akibat banjir setakat jam 12 tengah hari, hari ini.

Mengikut laporan kemas kini yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada lima dengan penambahan di daerah Papar dan Beaufort.

Laporan yang dikeluarkan juga menunjukkan, semua mangsa terdiri daripada 36 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana banjir.

Daerah Putatan merekodkan paling ramai mangsa iaitu seramai 61 individu membabitkan 11 KIR yang ditempatkan di PPS Dewan PPR Sri Keramat.

Manakala, seramai 51 mangsa daripada 19 KIR pula direkodkan di PPS Dewan DSP Mohd Dun Banir dan 20 lagi mangsa membabitkan empat KIR masih berada di PPS Dewan Kebudayaan Penampang.

Manakala bagi daerah Papar, seramai 10 mangsa melibatkan dua keluarga yang ditempatkan di PPS Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU).

Sementara itu, daerah Kudat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 250 mangsa membabitkan daripada 50 KIR yang ditempatkan di PPS Rumah Rehat Daerah Kudat.

Semua mangsa berkenaan adalah membabitkan kejadian kebakaran yang dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|