Lelaki warga emas ditemukan rentung

Lelaki warga emas ditemukan rentung

Lahad Datu: Seorang lelaki warga emas maut dalam kejadian kebakaran di kawasan setinggan di Kampung Puyut, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Roslan Said berusia 66 tahun.

Katanya, mangsa ditemui rentung oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi pemadaman di salah sebuah rumah lokasi kejadian.

“Mangsa adalah seorang pemastautin tetap dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian awal pagi hari ini, sekurang-kurangnya 10 rumah di kawasan setinggan di Kampung Puyut, di sini, musnah terbakar.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, semua rumah jenis tidak kekal itu musnah sepenuhnya.

-Deasoka

Share

Written by:

1,665 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!