PRU15: Rubin tidak perlu tegakkan benang yang basah – Bung Moktar

PRU15: Rubin tidak perlu tegakkan benang yang basah – Bung Moktar

Lahad Datu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang tidak perlu menegakkan benang yang basah bagi menafikan pembabitan beliau membantu berkempan calon Bebas bagi Parlimen Tenom, Riduan Rubin yang juga merupakan anak beliau sendiri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, dari mula proses penamaan calon, Rubin turut kelihatan mengiringi Riduan ke pusat penamaan calon.

Bung Moktar diiringi calon BN, Datin Maizatul Akmam Alawi bersalaman dengan orang ramai.

Katanya, selepas beberapa hari, beliau kelihatan turut bersama-sama Riduan menyerahkan borang kemasukannya ke dalam Parti Kesejahteraan Demotarik Masyarakat (KDM) di hadapan presidennya, Datuk Pater Anthony.

“Matlamat kemasukan Riduan bersama KDM sudah tentu ingin menarik penyokong (KDM) untuk menyokong calon bebas bagi mengakang kemaraan calon BN di Tenom, Jamawi Jaafar,” katanya ketika berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Tun Mustapa, di sini.

Bung berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media Rubin yang tidak berpuas hati dengan gesaannya agar beliau diambil tindakan, termasuklah dipecat dari pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tegasnya, gesaan beliau adalah berfakta, walaupun Rubin cuba berdolak-dalik tentang kewujudkan beliau bersama Riduan dalam beberapa siri program politik.

Katanya, keputusan telah dipersetujui bersama antara BN dan GRS, yang mana kerusi Parlimen Tenom diberikan kepada wakil dari BN, dan Rubin mengetahuinya kerana beliau juga merupakan anggota GRS.

“Perbuatan Rubin sering bersama calon Bebas sudah tentu menimbulkan presepsi negatif kepada penyokong GRS dan BN, apatah lagi calon merupakan anak sendiri ibarat pepatah “air dicincang tidak akan putus”.

“Justeru, tindakan beliau bukan sahaja memungkiri perjanjian yang termateri antara BN dan GRS, malah turut tidak menghormati nasihat Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor supaya semua pemimpin memberikan sokongan kepada calon calon BN dan GRS yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini,” katanya.

Tambah Bung, walaupun Rubin mengakui beliau merupakan calon Bebas pada PRN tahun 2020 dan dipelawa membentuk kerajaan, namun beliau mengakui mesra GRS yang sepatutnya patuh kepada perjanjian yang dipersetujui dan nasihat Hajiji.

Sehubungan dengan itu, Bung yang juga ADUN Lamag meminta pengundi-pengundi di Parlimen Tenom agar menolak calon bebas dan pemimpin yang besikap ‘tlam dua muka’.

“Tidak ada untungnya kita menyokong calon Bebas dan jika pun ditakdirkan menang, mereka tidak dapat membentuk kerajaan dan mempunyai hala tuju yang jelas selain calon yang disokong keluarga sendiri demi menjaga kepentingan politik peribadi yang kesan kerugiannya bakal diterima oleh rakyat,” katanya.

Tambah Bung, jika rakyat di Tenom memilih calon Bebas, mereka tidak ubah diwakili oleh parti pembangkang, segala peruntukan untuk pembangunan dikawasan tersebut tidak akan diperolehi.

Berbeza jika mereka menyokong BN, sebuah parti yang mampu membawa kestabilan politik dan kemakmuran negara.

Dalam pada itu, beliau meminta pengundi Lahad Datu agar bijak memilih calon yang bertanding dalam PRU15 kali ini.

Menurutnya, memilih calon pembangkang termasuk Warisan merupakan satu kesilapan besar kerana ia sama seperti memilih parti pembangkang yang tidak dapat membawa apa-apa pembangunan untuk kepentingan rakyat di kawasan tersebut.

“Di dalam manifesto BN, kita menyediakan pelbagai tawaran yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat yang sudah pasti akan dilaksanakan sekiranya BN menawan Putrajaya pada PRU15 kali ini” tegasnya lagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|