15 rumah roboh dilanda angin kencang

15 rumah roboh dilanda angin kencang

Kudat: Sebanyak 15 rumah di Kampung Tanjung Kapur Tengah, di sini, dilaporkan roboh selepas dilanda angin kencang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua rumah jenis tidak kekal yang terletak di kawasan perkampungan atas air berkenaan ranap sepenuhnya.

Keadaan rumah yang ranap akibat dilanda angin kencang di Kampung Tanjung Kapur Tengah, Kudat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.41 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Insiden melibatkan 15 rumah kediaman atas air jenis tidak kekal yang musnah disebabkan angin kencang.

Pasukan bomba menjalankan pemantauan di lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba terus bertindak menjalankan pemeriksaan dan operasi membantu mangsa di kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden ini.

Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.07 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|