Lelaki hilang selepas bot bertembung ditemui selamat

Lelaki hilang selepas bot bertembung ditemui selamat

Semporna: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang, sejak awal pagi tadi selepas bot dinaikinya bertembung dengan bot milik pihak berkuasa berhampiran Pulau Bohayen, di sini, ditemui selamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, keluarga lelaki terbabit telah membuat laporan polis mengesahkan mangsa dalam keadaan selamat.

“Lelaki terbabit kini berada di Pulau Setangkai, Filipina.

“Ketika kejadian lelaki terbabit diselamatkan oleh bot orang awam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, susulan laporan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan oleh anggota omba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna.

Terdahulu, lelaki terbabit yang belum dikenal pasti identitinya dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bertembung dengan bot milik pihak berkuasa berhampiran Pulau Bohayen, awal pagi tadi.

Difahamkan, bot yang dinaiki lelaki itu dikatakan dikesan bergerak keluar ke perairan negara jiran dalam keadaan mencurigakan sebelum dikejar dan berlaku perlanggaran.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|