Malaysia Borneo Football Cup 2022 : MMT Junior jumpa FC Setia Alam di final

Malaysia Borneo Football Cup 2022 : MMT Junior jumpa FC Setia Alam di final

Penampang: Kategori Bawah 11 Tahun (B-11) Malaysia Borneo Football Cup yang berlangsung di sini menyaksikan Media Mix Team (MMT) Junior dan FC Setia Alam bakal berentap di pentas final.

Dua pasukan berkenaan masing-masing merupakan juara kumpulan A dan B yang seterusnya berjaya melepasi lawan masing-masing di separuh akhir.

Dalam aksi separuh akhir petang tadi, MMT Junior berjaya menewaskan Akademi Bola Sepak Tuubagu 5-0 manakala FC Setia Alam dari Kuala Lumpur berjaya menundukkan Tabs KK 3-0.

Perlawanan akhir antara MMT Junior dan FC Setia Alam bakal berlangsung di Stadium Penampang pada jam 2 petang manakala penentuan tempat ketiga antara Akademi Bola Sepak Tuubagu dan Tabs KK akan berlangsung di venue sama bermula jam 1 petang.

Empat lagi pasukan juga bakal berentap iaitu SK Likas FC akan bertemu Akademi Tunas Labuan bagi penentuan tempat kelima dan keenam manakala Pekan FC bertemu Sandakan Excellent FC bagi penentuan tempat ketujuh dan kelapan.

Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di Padang A Kompleks Sukan Likas bermula jam 12 dan 1 tengah hari.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|