Lelaki hilang, bot ditemui tanpa jurumudi

Lelaki hilang, bot ditemui tanpa jurumudi

Beaufort: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika keluar menangkap ikan di kawasan muara sungai di Tanjung Batu-Batu Kampung Lubok laut, di sini, hari ini.

Kehilangan mangsa disedari penduduk Kampung Lubok selepas menemui bot berkenaan tanpa pengemudi dalam keadaan enjin masih hidup, jam 7.30 pagi.

Pasukan bomba bersama penduduk kampung melakukan operasi mangsa yang dikhuatiri hilang. Pix Ihsan Bomba

Sebaik bot yang dipercayai dinaiki mangsa Zulkifli Jambul, 43, itu ditemui, penduduk kampung terus menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan segera.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, siasatan awal mendapati, kehilangan mangsa disedari selepas bot dinaiki mangsa ditemui.

Operasi mencari dan menyelamat terus dijalankan oleh pasukan penyelamat di lokasi sekitar penemuan bot berkenaan.

Katanya, susulan itu gerakan operasi mencari dan menyelamat terus dijalankan oleh pasukan penyelamat di lokasi sekitar penemuan bot berkenaan.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.22 pagi

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort terus dikerah bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Setakat ini, mangsa belum ditemui dan operasi SAR masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|