Istana Ayam Tua tampil beri bantuan mangsa kebakaran

Istana Ayam Tua tampil beri bantuan mangsa kebakaran

Kota Kinabalu: Dua keluarga yang terkesan akibat insiden kebakaran di Kampung Tatahan 2, Inanam, di sini, menerima bantuan kewangan dan keperluan asas makanan dalam usaha meringankan beban mereka.

Sumbangan berkenaan disalurkan Pasaraya Istana Ayam Tua yang tampil atas dasar simpati dengan kesukaran dihadapi kedua-dua keluarga berkenaan.

Mangsa kebakaran menerima bantuan daripada Syarikat Istana Ayam Tua.

Wakil syarikat berkenaan, Rose W berkata, bantuan berkenaan diberikan untuk meringankan bebanan mangsa yang terjejas.

Katanya, kedua-dua keluarga ini berdepan pelbagai lagi masalah termasuk keperluan membina semula rumah yang musnah terbakar.

“Hari ini, kami menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas dan kewangan kepada kedua-dua keluarga yang menjadi mangsa kebakaran.

“Kita berharap, bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk melalui detik-detik sukar ketika ini,” katanya ketika ditemui, di Dewan Kampung Tatahan, hari ini.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan pihak syarikat tampil untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|