Empat PPS ditutup, mangsa turun kepada 528 orang

Kota Kinabalu: Empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup membabitkan daerah Keningau, Sipitang dan Penampang selepas keadaan banjir di tiga daerah berkenaan surut sepenuhnya, malam tadi.

Ia menjadikan jumlah PPS turun kepada enam lokasi berbanding 11 semalam namun kembali meningkat kepada tujuh lokasi selepas pertambahan satu PPS yang dibuka di Dewan DSP DUN Banir, Beaufort.

Mengikut laporan kemas kini yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, jumlah mangsa kini turun kepada 528 orang berbanding 1,001 mangsa setakat jam 12 tengah malam tadi.

Jumlah itu membabitkan jumlah keseluruhan 162 Ketua Isi Rumah (KIR) yang ditempatkan masing-masing satu PPS di Kunak dan Beaufort serta lima di Tenom.

Laporan yang dikeluarkan juga menunjukkan, Tenom masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 443 mangsa membabitkan daripada 139 KIR yang ditempatkan di lima PPS yang dibuka.

Bagi daerah Beaufort pula merekodkan seramai 57 mangsa membabitkan 17 KIR yang ditempatkan di satu PPS.

Manakala, seramai 28 mangsa lagi membabitkan enam KIR direkodkan di PPS Dewan Kampung Airport Batu 10.

-deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|