Elakkan sebarang spekulasi dan provokasi – PDRM

Elakkan sebarang spekulasi dan provokasi – PDRM

Tenom: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan prosiding perbicaraan membabitkan pendakwah bebas, Ustad Ebit Lew berjalan lancar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan yang dijalankan merangkumi pelbagai sudut termasuk kemungkinan wujudnya sebagai tuduhan fitnah.

Datuk Sri Abd Jalil Hassan ketika sidang media di IPD Tenom, hari ini

Bagaimanapun katanya, hasil siasatan dan berdasarkan bukti-bukti yang nyata, pendakwaan terhadap pendakwah bebas itu diteruskan.

“Ia adalah hasil siasatan berikutan laporan polis yang diterima daripada seorang mangsa di daerah Tenom pada 7 Ogos tahun lalu.

“Polis memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan prosiding perbicaraan berjalan lancar,” katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom, hari ini.

Abd Jalil berkata, setakat ini, sebanyak 11 pertuduhan yang dikenakan terhadap pendakwah bebas berkenaan.

Katanya, pendakwaan membabitkan kesalahan gangguan seksual dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang perempuan melalui aplikasi Whatsapp di daerah Tenom.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|