Ebit Lew mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan gangguan seksual

Ebit Lew mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan gangguan seksual

Tenom: Pendakwah terkenal, Ebit Lew, mengaku tidak bersalah terhadap semua 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual selepas dihadapkan di Mahkamah Litar Tenom, di sini, hari ini.

Ebit, 37 didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya dalam semua 11 pertuduhan terbabit.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad dengan dibantu Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azreen Yas Mohamad Ramli, manakala Ebit diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Majistret Nur Asyraf Zolhani yang mendengar pertuduhan kemudian menetapkan 20 April hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen manakala tarikh perbicaraan secara tentatif ditetapkan pada Jun depan.

Terdahulu, Ebit yang kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom pada jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

Polis turut mengawal perkarangan Pejabat Daerah Tenom sepanjang prosiding dijalankan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|