Tawau: Dua lelaki dicekup sepasukan polis dalam dua serbuan berasingan, di sini kerana disyaki terbabit dalam kes pecah rumah, semalam.
Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30 tahun di polis dari Balai Polis Bombalai di kawasan Kampung Jagung Merotai Besar dan Kampung Kuala Merotai, jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kedua-dua suspek disyaki terlibat dengan kes pecah rumah kebun di kawasan Kampung Kuala Merotai, pada 13 Ogos lalu.
Katanya, hasil maklumat, polis berjaya menahan kedua-dua suspek dan merampas beberapa peralatan yang disyaki dicuri oleh suspek terbabit.
“Antara barang yang dirampas iaitu satu unit solar, bateri dan beberapa barang lain lagi.
“Kedua-dua suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan pecah rumah.
-Deasoka