Bomba atas air selamatkan 7 pelancong, 2 jurumudi

Bomba atas air selamatkan 7 pelancong, 2 jurumudi

Semporna: Seramai tujuh pelancong dan dua jurumudi bot diselamatkan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) atas air Semporna, selepas bot dinaiki mengalami kerosakan enjin, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 3.10 petang.

Katanya, sepasukan bomba dari BBP atas air Semporna menggunakan sebuah bot bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya kira-kira lima kilometer dari balai bomba.

“Pasukan bomba bertindak memindahkan semua mangsa ke Bot Kevlar lalu menarik bot pelancong berkenaan.

Bot pelancong yang mengalami kerosakan ditarik menggunakan bot Kevlar di perairan Bohey Dulang, Semporna.

“Seterusnya semua mangsa dihantar ke sebuah resort,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, semua mangsa dalam keadaan selamat.

“Operasi tamat pada jam 4.17 petang tadi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|