Majlis Wanita KDCA Lahad Datu perkasa wanita etnik Kadazandusun

Majlis Wanita KDCA Lahad Datu perkasa wanita etnik Kadazandusun

Lahad Datu: Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) melancarkan Majlis Wanita KDCA Lahad Datu dalam usaha memperkasa golongan wanita, khususnya dalam kalangan etnik Kadazandusun di daerah ini.

Pengerusi Majlis Wanita KDCA Pusat Joanna Kitingan, berkata pembentukan majlis berkenaan di KDCA Lahad Datu juga secara tidak langsung menyatukan tiga sub etnik Kadazandusun yang ada di Lahad Datu.

Joanna melancarkan Majlis Wanita KDCA Lahad Datu.

“Kita melihat wanita Kadazandusun di Lahad Datu ini terdiri daripada pelbagai etnik seperti Subpan, Begak, Idahan dan Dusun. Hari ini wanita-wanita ini bekerjasama untuk menjayakan program ini,” katanya ketika melancarkan majlis itu, di sini, baru-baru ini.

Bagi Penasihat Wanita KDCA Lahad Datu, Manuel Martin, beliau berkata tiada sesiapa yang dtinggalkan di belakang tanpa mengira jantina.

Sebaliknya, beliau berkata setiap sub etnik Kadazandusun di daerah ini bergerak seiringan dan berganding bahu menghidupkan semula nilai budaya melalui program yang bakal dijalankan sama ada berkaitan budaya atau adat resam.

Manuel berkata, dengan adanya Majlis Wanita KDCA, ia dapat membuka ruang kepada wanita melaksanakan lebih banyak program yang memartabatkan wanita dalam masyarakat di Lahad Datu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|