Dihanyut arus deras bersama kereta

Dihanyut arus deras bersama kereta

Sandakan: Lelaki yang ditemui maut selepas terperangkap dalam kereta di Sungai Memanjang, di sini, semalam, dipercayai dihanyutkan arus deras ketika melalui jambatan yang dinaiki air.

Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, mangsa Kahar Asis, 26, dikatakan melalui jambatan itu untuk ke ladang tempat kerjanya selepas rehat makan tengah hari.

Mangsa memandu Proton Iswara dan ketika tiba di lokasi kejadian, paras air didapati melimpah namun mangsa bertindak meredah jambatan itu sebelum dihanyutkan arus deras bersama kenderaannya.

Mangsa kemudian ditemui dan masih berada dalam kenderaanya iaitu kira-kira 30 meter dari tempat kejadian oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa dibawa keHospital Duchess of Kent (HDOK) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Azhar Hamin ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil risiko dengan meredah arus deras ketika banjir.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|