24 graduan dipilih sertai program Felo SMJ

24 graduan dipilih sertai program Felo SMJ

Kota Kinabalu: Seramai 24 graduan menerima surat pelantikan sebagai perintis program Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenalkan untuk memperkasa modal insan menerusi Belanjawan negeri tahun ini.

Hajiji (tengah) bersama jemaah Kabinet negeri dan graduan yang terpilih menyertai Felo SMJ.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, yang menyerahkan surat pelantikan kepada graduan terbabit, hari ini, berkata mereka adalah kumpulan pertama graduan yang dipilih menyertai program bimbingan dan pembelajaran selama enam bulan di 12 kementerian negeri.

Katanya, inisiatif Kementerian Belia dan Sukan negeri itu dijalankan di bawah Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS).

“Menerusi program itu, peserta Felo SMJ akan menerima elaun bulanan sepanjang program berlangsung. Ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk memperkasa pembangunan modal insan,” katanya pada majlis penyerahan surat pelantikan itu di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah TimbalanTimbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam; Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Ellron Alfred Angin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri program itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Sekretariat Hala Tuju SMJ, Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) serta Majlis Belia Sabah (MBS).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|