Bot karam: Operasi SAR dua lagi mangsa diteruskan

Bot karam: Operasi SAR dua lagi mangsa diteruskan

Kunak: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa dalam tragedi bot karam semalam, di Pulau Tagabua, perairan Madai, di sin, disambung semula pagi hari ini.

Operasi SAR yang memasuki hari kedua dijalankan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 7 pagi.

Pasukan bomba meneruskan operasi mencari dua mangsa dilaporkan hilang di perairan Madai, Kunak.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malsysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya telah membuka Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Sabah Port Kunak.

“SAR dua mangsa terbabit dilakukan dengan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air menggunakan bot.

“Setakat ini, dua mangsa terbabit belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya, hari ini.

Semalam, bilik kawalan BBP Kunak menerima panggilan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak berkenaan sebuah bot karam di perairan berkenaan.

Hasil maklumat yang diterima, terdapat empat mangsa terbabit dan dua mangsa sudah ditemui lemas manakala dua lagi mangsa belum ditemui.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|