Banjir semakin pulih, mangsa di PPS menurun kepada 707 orang

Kota Kinabalu: Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini menurun kepada 707 mangsa.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, semua mangsa terbabit masih ditempatkan di tujuh PPS di Tenom dan Beaufort.

Katanya, laporan itu memaklumkan semua mangsa membabitkan daripada 323 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir sejak Isnin lalu.

“Sebanyak lima PPS masih dibuka di Tenom iaitu Dewan Mini Jinuim Jimin yang menempatkan 139 mangsa, Rumah Kebudayaan Batu-Batu (123), Rumah Kebudayaan Pantagon Saga (47), Dewan Kalang Kanar (24) dan Dewan Terbuka Kampung Saga (22).

“Dua lagi PPS di Beaufort membabitkan Dewan Selagon menempatkan seramai 218 mangsa dan Dewan DSP Dun Banir terdapat seramai 134 mangsa banjir,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini

Sementara itu, katanya, bilangan jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir semakin berkurangan berikutan beberapa kawasan telah pulih.

Sejak Isnin lalu, sebanyak 56 kampung di Beaufort dan 22 kampung di Tenom terjejas akibat banjir yang melanda di kedua-dua daerah berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|